
Agro dan agri adalah awalan yang biasanya merujuk pada agrikultur (penternakan dan pertanian) iaitu pengeluaran, pemprosesan, pemasaran, dan penggunaan makanan, serat dan hasil sampingan dari tanaman tanaman dan haiwan ternak.
Ia merupakan kunci pembangunan yang mengarah pada peningkatan tamadun manusia, dengan mencipta lebihan makanan yang membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat penduduknya.
Sistem (dari bahasa Latin systēma, yang asalnya dari Greek systēma σύστημα) adalah satu set entiti yang berinteraksi atau saling bergantung antara sama lain untuk membentuk suatu keseluruhan yang bersepadu.
Farm dalam bahasa Ingeris, adalah seluas tanah, termasuk pelbagai struktur, bertujuan khusus untuk pengeluaran dan pengurusan makanan (menghasilkan, biji-bijian, atau ternak), serat dan, juga bahan api. Ia merupakan kemudahan asas dalam penghasilan makanan.
Perkataan farm dari bahasa Perancis ferme yang asalnya dari bahasa Latin firma berarti "fixed payment" atau "bayaran tetap" yang datang pula dari Bahasa Latin firmus berarti "firm, solid" atau "tegas, padat".
Jadi kesimpulannya 'Agro Systema Farm bermisi menghasilkan sistem penternakan dan pertanian yang bersepadu dan mandiri serta berwawasan linkungan'.